Monday, February 8, 2010

KAMASUTRA BERGAMBAR

Tidak ramai orang yang tahu tentang ilmu-ilmu dalam rumah tangga. Tidak ramai juga orang yang ingin mengambil tahu tentang ilmu-ilmu dalam rumah tangga. Ada yang mungkin terasa begitu malu untuk bertanya-tanya tentang ilmu-ilmu rumah tangga. Dalam konteks ilmu rumah tangga, atau hubungan seks atau "ilmu senggama", sebenarnya tidaklah susah untuk dicari. Kalau yang rajin bergaul atau berlepak-lepak di kedai kopi bersama "orang-orang lama", bolehlah bertanya-tanya tentang ilmu atau amalan kekuatan tenaga batin.


Untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang ilmu-ilmu rumah tangga, marilah kita baca website ini.

Bersama ini,saya sertakan beberapa persoalan rumah tangga sebagai renungan kita bersama.
Contoh masalahSumber : Harian Metro


SAYA berusia 26 tahun dan baru berkahwin lebih sebulan. Masalahnya, saya tidak seronok ketika membuat hubungan kelamin dan ini menyebabkan saya tidak mendapat klimaks. Saya tidak pernah mengeluarkan air mani sejak kami berkahwin.

Baru-baru ini saya hadapi masalah baru apabila kemaluan tegang kerana ghairah tetapi apabila ingin bersama dengan isteri dan ketika hendak ‘bersama’ tiba-tiba zakar saya mengendur kembali.

Saya mempunyai nafsu terhadap isteri tetapi saya tidak faham mengapa kemaluan saya mengendur ketika hendak bersama.

Mr.XXX
Somewhere.



Sememangnya ketika melakukan hubungan keintiman seksual, pasangan itu akan mengecapi nikmat rangsangan seksual yang ketara hingga boleh mencetuskan klimaks.

Jadi masalah anda tidak mencapai klimaks memang kejadian yang tak mustahil kerana anda tidak seronok dan tidak teruja ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

Dalam keadaan itu anda tidak sampai kemuncak kerana tiada apa rangsangan yang membina untuk membuatkan anda mencapai kemuncak!

Jadi apa sebenarnya dalam hubungan seksual dengan pasangan yang boleh membuatkan anda seronok dan mencetuskan kemuncak untuk anda?

Mungkin selama ini sebelum berkahwin anda mengamalkan onani, melakukan rangsangan seks tersendiri yang luar biasa seperti baring di atas katil secara meniarap dan menggeselkan anggota sulit anda kepada tilam atau melakukan pelbagai cara tersendiri yang dapat mencetuskan klimaks.

Jadi tidak hairan jika anda tidak dapat mencapai kemuncak dengan pasangan. Mungkin juga anda mempunyai naluri seksual yang rendah dan tidak dapat membangkitkan perasaan syahwat untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan walaupun anda ada minat dengannya.

Dalam keadaan begitu, ereksi awal yang anda dapat itu tidak kekal dan anda mengalami masalah untuk melakukan seksdengannya.

Anda tahu yang hubungan keintiman seksual memberi keyakinan diri dan kebahagiaan rumah tangga dan anda gagal memberi kepuasan serta nafkah batin kepada isteri. Anda tidak boleh mendiamkan diri dan mengalah.

Find your Russian Lady

Masalah naluri seksual rendah dan gangguan atau disfungsi seksual yang anda alami boleh dirawati melalui rawatan moden. Jika anda ketagih dengan amalan melancap dan masih mengekalkannya, anda perlu mendapat bimbingan untuk melebihkan hubungan keintiman seksual atau fizikal dengan pasangan supaya dapat berkongsi nikmat seksual bersama daripada seronok secara sendiri.

Masalah gangguan seksual dan disfungsi seksual ada rawatan moden. Jangan bazirkan masa dan duit berubat cara tradisional atau merawat secara sendiri.

Sila dapatkan rujukan doktor pakar jika doktor keluarga tak dapat membantu anda.