Friday, January 23, 2009

MINAT SEX ANDA MENURUN?-Bhg.2

Jangan biarkan ia berpanjangan
KEDUA: Bercumbu dengan penuh keyakinan

Kebanyakan individu, terutamanya kepada pasangan yang sudah lama berkahwin, lazimnya mengelak untuk mengadakan cumbuan semasa mengadakan "tugasan malam" bersama pasangan.Ini mungkin dipengaruhi oleh faktor keupayaan, tenaga fizikal dan penampilan diri mereka bila berhadapan dengan pasangan. Mereka merasa bimbang andainya pasangan mereka tidak mencapai kepuasan (orgasm) di akhir "tugasan".


Oleh itu, untuk mengelakkan berlaku begini, dinasihatkan agar mereka tidak perlu terburu-buru untuk mencapai klimaks. Sebaliknya, yang perlu diwujudkan ialah jalinan kemesraan antara dua insan dengan belaian, pegangan serta "rabaan" yang membelai pasangan masing-masing.Saling berpegangan dan berkucupan akan membangkitkan semula emosi dan mengeratkan semula hubungan perasaan dalaman. Seorang ahli psikologi, Susan Quillian telah menyatakan bahawa dia boleh mengetahui sama ada pasangannya berada pada peringkat berahi tertentu sehingga seterusnya menjalar kepada hubungan intim ketika melakukan percumbuan. jadi, adalah lebih baik melakukan cumbuan dengan lembut dan tidak tergesa-gesa serta tunjukkan yang anda menghargai dan amat memerlukannya dalam hidup.

Thursday, January 22, 2009

MINAT SEX ANDA MENURUN?

Jangan biarkan ia berpanjang



Dalam kesibukan tugas harian dan tekanan hidup, aktiviti hubungan seks sering berlaku secara "mengejut" dan lazimnya tiada konsentrasi kepada pasangan berbanding seawal-awal tahun perkahwinan.

Berdasarkan pendapat pakar dalam hal ini, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada situasi ini, iaitu:

    1.Masalah emosi
    2.Faktor taraf umur atau usia
    3.Taraf hidup sosial
    4.Penyakit, dan
    5.Pengaruh pemakanan


Apa yang amat dibimbangkan ialah keadaan ini akan menyebabkan hubungan suami-isteri akan renggang dan minat menjalin hubungan seksjuga turut menurun.Lantaran itu perasaan kasih sayang juga akan luntur dan menuju "kehancuran".

Pakar-pakar terapi seks telah memberikan beberapa kaedah untuk dilakukan kepada pasangan yang mengalami masalah sebegini. Berikut diperturunkan 8 perkara yang perlu dilakukan secara komited dan bersungguh-sungguh:

PERTAMA: Beriadah dan bersenam

Rajin-rajinlah bersenam atau beriadah terutamanya selepas balik bekerja. Yang paling baik, kedua-dua pasangan akan turun bersama melakukan aktiviti sebegini. Tempat yang paling sesuai adalah di kawasan yang terbuka dengan udara yang segar serta jauh dari "suasana" yang akan menganggu aktiviti seperti berjoging atau berjalan.Tubuh manusia perlu dijana dengan sesuatu yang bermanfaat bagi melancarkan peredaran oksigen di dalam darah. Yang amat digalakkan ialah komunikasi antara kedua-dua pasangan supaya menimbulkan kemesraan dan "jiwa romantik" seperti mana masa awal perkahwinan.

Satu kajian yang telah dibuat diUnited States America mendapati bahawa 26 peratus wanita yang menjalankan aktiviti riadah atau senaman lebih mudah mencapai syahwat atau klimaks (orgasm)ketika bersama suami mereka. Sementara itu, 40 peratus lagi didapati lebih mudah untuk "naik berahi" selepas melakukan senaman. Ini disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan akan menjadikan stamina kardiovaskular lebih mantap dan mengelakkan cepat "keletihan" semasa dan selepas melakukan hubungan seks

Menurut Martica Heaner dalam bukunya yang berjudul The Body Transformation Strategytelah menyatakan bahawa puncak berahi hubungan seksual lelaki dan perempuan bergantung kepada pusingan hubungan yang baik,maka penting bagi tubuh manusia mempunyai perjalanan darah yang baik dan sempurna untuk membolehkan organ seks (alat kelamin) berfungsi secara maksimum.

Sambung bacaan KLIK DI SINI

Wednesday, January 21, 2009

ILMU SENGGAMA (sex life)- dewasa sahaja

GAMBAR

SIRI 1



Masyarakat Melayu menganggap hubungan kelamin (sex life)sebagai sesuatu yang kotor,jahat, destruktif dan merupakan perlakuan yang berdosa walau pun pada hakikatnya dilakukan bersama pasangan yang sah.

Orang-orang tua bangsa Melayu, yang lazimnya suka mempelajari ilmu-ilmu dari "tok guru" atau alim-ulama disamping juga mempelajari ilmu hubungan sek(sex life) secara lisan. Tidak ketinggalan peranan yang dimainkan oleh dukun, pawang, tukang urut dan tok bidan yang tidak sayang menurunkan ilmu seks ini kepada sesiapa sahaja yang berhajat.

Golongan muda zaman sekarang mempunyai persepsi yang berlainan tentang seks.Masa dan peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu hubungan seks (sex life) bila mahu mendirikan rumah tangga dari orang-orang tua amatlah terhad kerana terlalu sibuk.Ada antara mereka menganggap tidak penting dan boleh dipelajari dari buku-buku yang dijual di kedai-kedai buku.Mereka lebih gemar membeli buku yang ditulis oleh penulis-penulis Barat yang dianggap lebih saintifik dari segi pendekatan dan sesuai mengikut zaman moden.Lantaran itu, terdapat amalan perlakuan seks yang tidak berselari dengan adat timur dan agama Islam.

"Ilmu Nafkah Batin"(sex life) yang berunsurkan Islam amat kurang ditulis oleh penulis. Nafkah batin pada asasnya ialah hak bersetubuh bagi isteri yang menjadi tanggungjawab suami apabila bernikah.Secara terperinci, nafkah batin itu meliputi sedekah kepada hati, perasaan dalam hati kepada jiwa, bukan hanya kepada tubuh.Antara perkara yang termasuk dalam pengertian nafkah batin ialah menggauli isteri (termasuk suami)dengan baik dan mesra, bergurau senda, saling menghormati, faham memahami, senyum dan ketawa riang, berbincang dan nasihat menasihati antara suami isteri. Ini adalah santapan jiwa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dalam rumah tangga Baginda untuk menjadi ikutan seluruh umat dunia khususnya umat Islam.