Wednesday, January 21, 2009

ILMU SENGGAMA (sex life)- dewasa sahaja

GAMBAR

SIRI 1



Masyarakat Melayu menganggap hubungan kelamin (sex life)sebagai sesuatu yang kotor,jahat, destruktif dan merupakan perlakuan yang berdosa walau pun pada hakikatnya dilakukan bersama pasangan yang sah.

Orang-orang tua bangsa Melayu, yang lazimnya suka mempelajari ilmu-ilmu dari "tok guru" atau alim-ulama disamping juga mempelajari ilmu hubungan sek(sex life) secara lisan. Tidak ketinggalan peranan yang dimainkan oleh dukun, pawang, tukang urut dan tok bidan yang tidak sayang menurunkan ilmu seks ini kepada sesiapa sahaja yang berhajat.

Golongan muda zaman sekarang mempunyai persepsi yang berlainan tentang seks.Masa dan peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu hubungan seks (sex life) bila mahu mendirikan rumah tangga dari orang-orang tua amatlah terhad kerana terlalu sibuk.Ada antara mereka menganggap tidak penting dan boleh dipelajari dari buku-buku yang dijual di kedai-kedai buku.Mereka lebih gemar membeli buku yang ditulis oleh penulis-penulis Barat yang dianggap lebih saintifik dari segi pendekatan dan sesuai mengikut zaman moden.Lantaran itu, terdapat amalan perlakuan seks yang tidak berselari dengan adat timur dan agama Islam.

"Ilmu Nafkah Batin"(sex life) yang berunsurkan Islam amat kurang ditulis oleh penulis. Nafkah batin pada asasnya ialah hak bersetubuh bagi isteri yang menjadi tanggungjawab suami apabila bernikah.Secara terperinci, nafkah batin itu meliputi sedekah kepada hati, perasaan dalam hati kepada jiwa, bukan hanya kepada tubuh.Antara perkara yang termasuk dalam pengertian nafkah batin ialah menggauli isteri (termasuk suami)dengan baik dan mesra, bergurau senda, saling menghormati, faham memahami, senyum dan ketawa riang, berbincang dan nasihat menasihati antara suami isteri. Ini adalah santapan jiwa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dalam rumah tangga Baginda untuk menjadi ikutan seluruh umat dunia khususnya umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda.