Monday, February 23, 2009

PEREMPUAN UNTUK LELAKI

Bare Necessities


Menurut sejarah penciptaan Hawa, ketika Nabi Adam a.s tinggal di syurga, baginda melihat bahawa setiap makhluk lain yang ada di syurga berpasangan, sedangkan baginda keseorangan. Timbullah keinginan baginda untuk mendapat teman pasangan. ALLAH s.w.t mengetahui isi hati Nabi Adam a.s lalu diciptakan Hawa sebagai teman penghibur Adam sebagaimana firma ALLAH s.w.t yang bermaksud, "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya." Fungsi sebenar perempuan diciptaka ialah memberi kesenangan kepada kaum lelaki.



Wanita diperlukan oleh lelaki bagi menunaikan fitrah biologi. Nafsu kelamin atau syahwat perlu disalurkan kepada tempat yang wajar. Oleh itu, lelaki sanggup berusaha untuk mendapatkan isteri yang halal untuk menjadi tempat menghiburkan hati disamping untuk melepaskan keinginan syahwat.Isteri hendaklah melayan kehendak suami dengan seikhlas hati kerana ganjaran pahalanya mat besar di sisi ALLAH s.w.t


Keinginan lelaki pada perempuan lebih besar dari keinginan perempuan terhadap lelaki.Lelaki mudah terangsang penglihatannya dan dari itu, perempuan Muslim wajib menutup aurat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang buruk seperti pencabulan kehormatan dan rogol.


Bare Necessities

Perempuan dicipta untuk kesenangan lelaki. Ini menjadikan satu lumrah bahawa lelaki yang biasanya mendahului untuk mengenali perempuan, sedangkan perempuan menunggu-nunggu agar lelaki berminat lantas mendekatinya lalu berlakulah hubungan cinta antara lelaki dan perempuan.Sejak zaman berzaman, perempuan diibaratkan sebagai bunga, dengan seri, mekar dan harumnya, sementara lelaki adalah sebagai kumbang yang mencari bungan untuk menghisap madunya. Atas itu, perempuan dan lelaki perlu menjalin hubungan yang bersih dan suci agar tidak terpesong ke kancah maksiat dan kehinaan. Perempuan hendaklah sentiasa berhati-hati dan menilai agar tidaklah nanti berlaku "habis madu sepah dibuang".



Bacaan lanjutKLIK HERE
Bare Necessities

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda.